Pages

Wednesday, 31 December 2014

::SelamatTinggal2014::

Assalamu’alaikum.. 

Alhamdulillah. Masih berkesempatan untuk mengringkaskan perihal kehidupan aku sepanjang tahun 2014 nie. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Sungguh. Tahun nie terlalu banyak dugaan yang Allah timpakan. Tapi. Alhamdulillah. Berjaya mengatasinya walau xsemua. :)




Bermula dari awal tahun di mana aku masih lagi bergelar pelatih jururawat di semester 6. Terasa berat di bahu memikul tanggungjawab yang semakin memberat. Penat melalui riuk pikuk hal di wad, aku nekad ke Singapore berdua dengan kawan baik semasa di kolej. Berdua menaiki bas tengah malam dan tiba di tanah singa jam 4 pagi. Berjalan kaki meredah kota singa tu di pagi buta. Alhamdulillah. Tiba jua.

Penat meriadahkan diri, aku hadiri majlis kawin rakan baik merangkap geng gossip n melalak semasa di uitm dulu. Raikan hari bahagianya sedangkan pada hari itu bermula keretakan hubungan aku dan dia. X mengapa. Aku dah berserah dengan apa yang ditentukan olehNya. Aku bahagia di samping mereka. Berdoa semoga aku juga akan melalui perkara yang membahagiakn di suatu hari nanti. ;)


Bulan berganti bulan tiba waktu aku untuk mengerahkan ilmu di dada sepanjang 3 tahun di kolej jururawat. Peperiksaan LJM. Quite tough. Sama seperti melalui proses pembelajarannya. Masa nie, aku hanya mampu tawakal je. Alhamdulillah. Lulus.dalam hati gembira dan rasa x percaya yang aku berada di dunia yang sangat mencabar nie.



3 tahun bersama, tiba masa untuk mengundurkan diri. Membawa haluan masing-masing bersama ilmu yang telah dicurahkan dan diserap. Suka duka, pahit manis bersama. Dunia jururawat mematangkan aku untuk mengenali proses kehidupan. Alhamdulillah. Aku bangga menjadi seorang jururawat.


2 bulan tanam anggur yang x berbuah di rumah. Melayan kerenah anak2 buah dan keluarga tersayang. Menyambut hari raya yang pertama dengan rasa sangat gembira. Ye lah. Sebelum nie xdapat raya puas2. Plus, tahun2 akan dating belum tentu dapat beraya lagi dengan keluarga. Maklumlah. Bakal menjadi seorang jururawat. Cuti bukan hak aku.


Hari yang dinanti tiba. Tapi surat yang aku nantikan tidak tiba jua. 2minggu menunggu. Sudahnya sendiri naik ke pejabat kementerian. Mengambil sendiri surat untuk lapor diri yang tidak diserahkan oleh abam posmen poslaju, sabar aje lah.

11 ogos 2014. Hari bersejarah. Hari di mana aku secara officilanya menjadi seorang jururawat yang berdaftar. Membawa diri yang seorangan melaporkan diri di JKWP. Dupdapdupdap. Gementar. Takut. Risau. Semua bercampur aduk semuanya. Dan akhirnya aku sendiri yang kecewa. Aku diarahkan untuk mengerahkan keringat dan ilmu di hospital yang lain bukan di hospital yang aku harapkan. Aku sanggup untuk meminta pertukaran dengan seorang rakan freshie lelaki. Tapi masih tidak dapat. Sedih. Balik rumah menangis sepuasnya. Esoknya lapor diri kt hospital yang ditugaskan dengan mata yang agak bengkak. Hurmmmm




Now. Dah hampir 5 bulan dah aku bertugas di sini. Alhamdulillah. Berjaya menggelarkan diri sebagai graduan diploma Kejururawatan secara rasminya. Berjaya menggembirakan kedua ibubapa yang tersayang. Alhamdulillah. Walau sukar di awalnya tapi berkat dorongan ibu ayah, family, pengajar2 n kawan2 semua yang selalu bagi support di saat diri ini jatuh. Alhamdulillah.

Di saat aku keseorangan di hospital nie, Alhamdulillah.  Berkat kebaikan akak2 workmate plus sister yang sporting, aku dapat menyesuaikan diri di sini. Bahkan dapat keluarkan sebuah kereta tempatan berkat kerja di sini. Even nak keluarkan kereta nie pon banyak dugaannya. Kena jumpa matron lah. Pergi sana sini. Umur xcukup. Carik gerentor bagai. Xdan dengan tu ada problem lagi. Kereta xde warna seperti yang dijanjikan. Lagi frustrated. Tapi. Alhamdulillah. Semua tu Berjaya di atasi. Esok tahun baru, da dapat dah kereta tu. Xsabar nak tengok hasil usaha kerja aku yang xseberapa.

Alhamdulillah. Ini cerita aku. Kisah cinta aku yang xkesampaian aku xceritakan sekali kat sini sebab dah terlalu penat nak ceritakan tentangnya. Plus nak lupakan kalau aku boleh. Even sebenarnya aku x boleh. Hurmmm.

Semoga tahun 2015 menggantikan apa yang suram kepada yang lebih menggembirakan dan membahagiakan aku. inshaAllah. Janji Allah itu pasti. Dan aku yakin dengan janji Allah. Selamat tinggal 2014. Selamat tinggal MR.Z. terima kasih untuk semuanya. Terima kasih semua yang muncul dalam hidup ini. Menambahkan memori pahit manis yang dapat aku ingatkan pada masa akan datang. Semoga aku dapat menjadi seorang insan yang ikhlas melakukan kerja dan perawatan kepada pesakit2 aku kelak. Semoga aku kekal tabah dan kuat mengharungi dugaan yang Allah berikan. Kerana aku tahu Allah sayang aku dan kerana itulah Allah timpakan aku dugaan yang mampu aku harungi dan uruskan. Alhamdulillah. Selamat tinggal kenangan lalu.

Bungalili: Bismillah. Selamat tahun baru 2015 :)

Full of loves:

No comments: