Pages

Monday, 15 August 2016

::Short Escape to Hong Kong Part 1::


Assalamu'alaikum peeps! yuhuuuu! im back. okeh. 5 days ago aku dah cerita tips n bajet utk short trip ke Hong kong nie. entry kali nie aku akan cerita lebih details tentang trip 4 hari di Hong Kong. Lets start!

Ayonn datang rumah aku sehari sebelum fly. kira macam rutin lah utk ayonn. B4 fly dia akan tido dulu kat uma aku n then esoknya kitorg fly ke destination yg dituju iaitu Hong Kong! Yeay! seawal 6 pagi kitorg da gerak dari rumah aku utk ke KLIA2. macam biasa. setiap trip memang aku gunakan Airasia sebab Everyone can fly! yeah! Thanks AA! **Mohon buat PROMO lebih murah lagi sebab next year kami nk pegi lebih jauh.** hahahahah

since trip ke Krabi dul aku kena caj beratus utk check in luggage, kali nie aku up kan sikit bajet utk amik check in lugagge pergi n balik. demi kesenangan bersama n xjadi lagi kes kat Krabi  dulu tu sampai kena pinjam duit ayonnn... hehehehehehe.

Sampai je Klia2, kononnya nk tunjuk pandai p la carik mesin utk print out sendiri boarding pass. sudahnya xberjaya. p la heret luggage ke kaunter. mintak sis tu tolong print outkan sekaligus check in lugagge terus. kikikiki. makanya ini pertama kali kitorg berlenggang masuk ke dalam gate. huhuhu. while waiting utk on board, selfie lah jawabnya! yehaaaa! KLIK KLIK!

Hong Kong! I'm comingggg!



Sempat baca majalah sambil nunggu kapten nk berlepas.

Safely depart! Bye Malaysia!


perjalanan ke Hong kong makan masa 3jam 50min. lenguh gak la pinggang nie dok lelama dalam flight. since flight agak lama, so kitorg booked makan siap2 masa beli tix online hari tu. takut kebulur sebab xbreakfast pon masa tunggu flight tadi.


Muka bahagia betul dapat makan. kikiki :")

perut kenyang, masa nie lah utk kita lelapkan mata. 

Subhanallah. Cantik sangat! :))

Alhamdulillah selamat sampai sampai bumi Hong kong. Lebih kurg pukul 1 kitorg selamat tiba di Airport HK. Turun je dari flight macam terpinga2 plus mamai. maklumlah baru bangun tido kan. tau2 da sampai. hahaha. Keluar dari gate teus ada sorang amoy nie suruh naik train. kitorg cam aaaaaa okeh. kena naik train. rupanya train tu shuttle utk ke arrival hall. 

maaf gamba blur sebab nak cpt naik tren. heee

muka excited plus baru bangun tido. huhu
Masa kat immigration tetiba ada sorang aunty nie approached kitorg. dah la pakai mask bagai siap pegang thermometer. rupanya dia nak check kitorg nie demam ke x. strict jugak sistem kesihatan dorg terhadap foreigner. huhu. then mula lah cerita kitorg yg sesat dalam immigration hall. Masa nie kebetulan kitorg sampai sekali ngn warga indonesia (macam maid). nak dijadikan cerita kiotrg tergolong sekali ngn dorg utk masuk ke immigration. masa nie kiotrg da kalut dah. mana pergi mat salleh n chinese yg satu kapal ngan kitorg. kenapa tetiba kitorg diapit dgn warga indonesia. ah sudah. kitorg datang nak melancong. bukan jadi amah T_T

aku pon dok usha sekeliling. nampak ade ramai foreigner kat belah depan. so ckap ngn ayon jom blah dari line warga indonesia tu. kang xpasal2 kena jadi maid kat sana. so main blah centu je patu carik muka2 yg macam tourist ckit. n alhamdulillah. kitorg jumpa. rupa2nya kitorg termasuk dalam line others. bukan belah visitors punya immigration. ceh. confident sgt p ikut org lain beratur punya pasal. settle immigration, kitorg p pickup luggage. nasib kejap je.  mungkin sebab kitorg terlalu lama dok dalam immigration kot. :')

keluar je dari immigration rasa lega sangat. hahaha. so sekarang aim kitorg p beli traveler simcard, octopus card dgn entrance tix. keluar dari arrival hall, kitorg tgk sekeliling. belah kanan arrival hall kitorg da nampak dah kedai IOIO. nampak je logo tu terus confident. sah kedai jual traveler simcard. masuk2 kedai pekerja lelaki sapa kitorg then kitorg terus cakap traveler simcard for two. bayar kat dia HKD118 sorg patu terus dia tolg pasangkan. settle 1 kerja.



settle simcard, kitorg carik kaunter utk beli octopus card. octopus card tu macam touch & go kat Malaysia. pegi tanya kat kaunter express train tanya pasal jual octopus card x. dia jawab ye n nk berapa. beli utk 2 org so HKD150 each. KACHING KACHING duit keluar lagi. huuuuuuu



next kitorg carik kaunter China Travel Services. CTS nie kitorg da aim dari Malaysia ag. sbb byk baca kat blog lain yg majoriti dorg beli kat sini sbb lebih murah. malas nk pk panjang terus pegi n beli entrance tix. kitorg grab Disneyland dengan 3+1 package (Peak Tram + Sky terrace + Madam tussaud) dgn harga HKD739. rasa macam mahal tapi sebab malas pk grab aje. KACHING KACHING. Duit terus mengalir pergi bak air. T_T



settle semua tix, kitorg pon bergerak ke hostel. aku da mesej siap2 kat pemilik hostel tu through email so dia kata terus ke Blok D Chungking mansion. untuk ke Chungking mansion kitorg naik bas aje. nak save bajet kan. plus merasa semua public transport yg ada kat HK tu. huhuhu. Otw nak ke stesen abs tu sempat gak snap a few gmba sbb view persekitaran mmg best!




Nasib kitorg mmg baik kot masa tu. smpai2 je kat stesen bas, bas ke Tsim Sha Tsui terus sampai. naik n swipe je octopus card. bus dorg semua mmg double decker. kitorg amik seat atas depan sekali sebelah oppa2 from Korea. hahahahaha. sempat usha jap. hensem! O.O

view dari dalam bas masa otw ke Hostel.



sejam lebih gak la perjalanan utk ke Chungking Mansion. kitorg siap kira bape banyak station b4 sampai ke Chungking mansion. lebih kurg 14 pit stop b4 sampai ke Chungking mansion. banyak kan? sempat lelap kejap la dalam bas tu. huhuhuhu.


Masa nak carik hostel nie pon kelakar gak. kitorg bole sesat dalam chungking mansion nie. punya banyak blok n lif dia berbeza tau. lif ada 2. belah kanan utk tingkat nombor genap belah kiri utk floor nombor ganjil. so pening gak la nak carik. n masa tu plak kitorg pk lif sama je. bole turun mana2 tingkat. so tgk kat lif yg 1st tgk kt board belah kanan xtulis pon Everest Hostel. so moved ke next lif. tp sebenarnya lif yg 1st kitorg jumpa tu yg ke Everest Hostel. cuma kitorg xtgk board belah kiri. cis.
so kitorg pon naik la lif yg seterusnya. tgk2 dia tulis lif Blok E. tgk ada tulis Everest Hostel tingkat 14. kitorg pon tarik la nafas lega. main naik je la lif yg ada. skali naik, pintu da tutup tgk xde no 14. yg ade 13  n 15. ah sudah. mamat pakistan yg naik lif skali ngn kitorg tnya nk ke tingkat brpa. kitorg cakap ah 14. dia pon ckp salah lif. alamakkkkk! turun la kitorg kt tingkat 15 sbb malas naik tangga kat tingkat 13. hahahaha.

sampai tingkat 14, xde pulak tulis Everest Hostel. ah sudah. masalah apa pulak la yg timbul nie. puas la carik. ayonn p tgk kat tigkat bawah. xde jugak. nasib baik la kat apps Booking.com ada no property. aku pon call. dok usha2 pintu mana satu, skali owner cakap kitorg kat pintu belakang hostel sbb tu xnampak banner. plus kitorg salah Blok. hahahahahaha. owner tu pon bukak la pintu belakang hostel dia. buat pertama kalinya dia kata tourist dtg masuk ikut pintu belakang. rama malu gila time tu. hahahahahahahaha

Settle bayaran check in, kitorg pon amik kunci bilik, masuk bilik. ten tenenggggg.. Shock kejap tgk bilik yg kitorg booked tu. hahahahaha. Seriously. blik SANGAT kecik! aku xtau camne nak hidup dalam bilik tu. aku pandang ayonn. ayonn pandang aku. ah sudah. bilik da bayar dah. rasa nak collapse jap. errrrrrr......

taraaaaaa..! dpn katil belah kiri adalah toilet. sebelahnya pintu masuk bilik. sempit gila kan? hahahahaha

kitorg xtau nak cakap apa. masuk bilik tgk sekeliling apa yg patut buat. nasib baik la katil tu tinggi. so luggage kitorg yg gedabak tu letak bawah katil. makanan simpan kat meja kecik. susun elok2. bole la survive even kecik. nak solat atas katil la.kiblat ala kadar sbb bole jatuh gak la. masa tu tawakal je :")

settle kemas semua, kitorg kuar utk tgk Symphony of lights. masa nie la simcard tu berguna utk bukak maps. mula2 tu pening gak la nak pahamdia punya direction. lama2 ok la.






sampai je avenue of stars  tu ramai gila org. kitorg smpai dlm kul 7.30pm. so terus carik port baik nk tgk persembahan lampu tu. setengah jam kendian dia kata show suspended. blur jap. suspended tu apa. lama gak la kitorg tggu. last2 xjalan gak show lampu tu yg sepatutnya start kul 8pm. dalam 8.30pm centu kitorg balh p ladies market. 

muka hampa xdpt tgk show lampu.

dari area avenue of star, kitorg patah balik ke chungking mansion utk naik MTR station yg berdekatan.otw ke tren line Tsuen Wan, ayonn pnya octopus card plak buat hal. jumpa staf kat kaunter tix, dia suh ayonn try lai skali. mujur ok lepas tu. Dari station Tsim Sha Tsui ke Ladies Market, kitorg guna line Tsuen Wan  exit kat Station Mongkok. kat station Mongkok kitorg amik exit D2 utk ke ladies market. Lagi skali masalah menimpa. Ladies market tutup awal due to taufan. patut la masa kat avenue of star angin bole tahan kuatnya. ingatkan kitorg sesat sbb xjumpa market. rupanya tutup. makanya kami pulang dgn tangan kosong n hati yg hampa. hahahahahaha. so kembali la kami ke hostel naik tren Central line turun kat station Tsim Sha Tsui. sampai hostel dinner patu tido. huhuhuhu. Sekian.....

Bungalili: Masa nie xtau lagi pasal taufan nida. balik hostel bukak tv suma chanel cite pasal taufan. rupanya Hongkong tgh dilanda Taufan Nida. suma kedai tutup.Even Bangunan Chungking mansion pon da bagi warning tahap kekencangan tiupan angin da level 3. kitorg xperasan pon siap tido lena malam tu. Kah!

Full of loves:

No comments: