Pages

Saturday, 31 January 2009

Aku tertanya-tanya.. Adakah kebahagiaan akan menjadi milik aku akhirnya? Adakah cinta yang sejati akan berpihak pada aku? Apakah aku akan mencapai segala impian aku? Semuanya bergantung pada aku untuk mencari dan mencapainya, bukan begitu? Cinta.. Ahh..Cinta itu buta. Kenapa ia buta? Kerana tiada mata. Aku sudah muak membicarakan soal cinta. Kerana cinta sentiasa tiada penghujungnya. Aku masih ingat ketika aku sedang bercinta dengan seorang insan yang bernama lelaki. Muhammad Nur Hidayat Farhan… Itulah nama yang telah diberikan oleh kedua orang tuanya.. Lelaki ini telah muncul dalam hidup aku ketika aku masih mencari erti cinta sejati… Dia telah membawa aku ke dunia yang tidak pernah aku fahami. Kerana setiap kali aku berada di sisinya, aku berasa hatiku sentiasa tenang. Perasaanku sentiasa diulitkan bahagia. Aku gembira di sampingnya. Walau bagaimanapun, hubungan aku dengannya sentiasa bergolak. Lagipun, ia sudah menjadi perisa dalam hubungan aku dan dia. Aku sendiri tidak tahu bagaimana perasaan sayang itu muncul dalam hati aku. Aku tak pernah memikirkan bahawa ada seseorang yang digelar sebagai lelaki ingin menyayangi aku walaupun aku mempunyai kekurangan dari segi paras rupa. Malah, aku juga tidak sangka dari hubungan sebagai sahabat telah bertukar kepada kekasih. Cinta itu datang dengan sendirinya. Terus terang aku katakan, tidak pernah sekalipun terlintas dalam fikiran aku, aku akan bercinta dengannya. Hubungan itu bermula daripada menghantar sms. Bayangkan. Hanya sms.. aku mulai jatuh hati terhadapnya...
bersambung.....

No comments: